Thursday, December 22, 2011

Hayati Solat

Assalamualaikum. Diharapkan post ini bermanfaat buat semua. Hayati solat. Solatlah seakan-akan ianya solat kita yang terakhir. Wallahua'lam. La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil'azhim.



1)   Takbiratul ihram
       Allah Maha Besar

2)   Surah al-Fatihah
       Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (1)
       Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (2)
       Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (3)
       Yang menguasai hari pembalasan. (4)
       Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolonga. (5)
       Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6)
       Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
       bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. (7)

3)    Ruku'
       Maha Suci tuhanku yang Maha Agung dan segala puji-pujianNya.

4)    I'tidal
       Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.

5)    Sujud
       Maha Suci tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujianNya.

6)    Duduk antara dua sujud
       Wahai tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku,
       berikanlah aku rezeki, berikalah aku petunjuk, sihatkanlah aku, maafkanlah aku.

7)   Tahiyat awal /// akhir
       Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
       Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
       Sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
       Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
       dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah.
       Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad /// dan keluarganya.
       Sepertimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
       Berkatilah ke atas Muhammad dan keluarganya.
       Sepertimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
       Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

**   Qunut
       Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
       Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
       Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
       Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
       Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
       Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tiada sesiapa pun yang berkuasa
       menetapkan sesuatu selain Engkau.
       Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinan-Mu.
       Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
       Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
       Hanya utk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
       Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
       Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabatnya.
       Salam sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

**   Iftitah
       Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci
       lagi berserh diri, dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik.
       Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata kerana Allah,Tuhan semesta alam.
       Tidak ada sekutu baginya, demikian akan diperintahkan, dan aku adalah termasuk ke dalam golongan
       orang-orang yang berserah diri.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
( al-Israa' - 110 )